Bila Masa Saya Mungkir Janji? – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam satu wawancara bersama Sinchew Daily, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun memungkiri janji.

Terutama menurutnya dalam perjanjian untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, meskipun Presiden PKR itu bimbang berkenaan perkara tersebut.

Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri selama enam bulan dan sudah merancang untuk berundur seterusnya menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas selesai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Dalam wawancara tersebut, Mahathir juga memberitahu bahawa sudah mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah membabitkan kesilapan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dalam enam bulan, saya ada pelbagai jalan penyelesaian. Beliau (Anwar) boleh menerima jawatan selepas enam bulan,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Mengulas perkembangan politik terkini, Mahathir berkata beliau enggan bekerjasama semula dengan PKR tetapi akan mengekalkan hubungan dengan DAP dan Amanah selepas PKR tidak menyokongnya menjadi PM.

Beliau juga menolak tawaran menjadi Menteri Mentor dalam Kabinet jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Adakah Anwar sudah tidak percaya saya? Kita sama-samalah. Dia melihat saya akan mungkir janji. Saya bertanya bila saya pernah mungkir janji.”

“Saya sudah bersetuju untuk berundur selepas APEC. Saya cuma mahu menjadi PM sehingga November.

“Oleh itu, saya akan berundur selepas enam bulan. Saya sudah tidak mahu menjadi PM, Saya sudah tua. Tahu tak anda, saya sudah sangat tua, sangat sangat tua.

“Malahan saya nyatakan tarikh persaraan yang saya tidak bagi sebelum ini. Tetapi, dia ternyata tidak selesa. Anwar mahu menjadi PM sekarang dan tidak mahu tunggu enam bulan,” kata Dr. Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat