Anak Lelaki Mat Sabu Dihukum Penjara Kes Salah Guna Dadah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan penjara ke atas anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Selain hukuman penjara, Ahmad Saiful Islam Mohamad juga diperintah diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim juga telah menolak permohonan pembelaan untuk ‘ interim stay’ menggantung keputusan tersebut sebaliknya mengarahkan hukuman penjara berjalan serta merta.

Artikel berkaitan: Salah guna dadah: Anak Mat Sabu diarah bela diri

Kata beliau, keputusan itu berdasarkan kepentingan awam terutamanya apabila mengira betapa bahayanya jenayah dadah di negara ini.

“Tertuduh juga dari awal kes mengaku tidak bersalah sehingga kesalahan itu disabitkan hari ini sehingga membazirkan masa dan kos perbicaraan panjang.

“Pendakwaan juga berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes ini.

“Setelah mengambil kira aspek, mahkamah menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan pengawasan selama dua tahun berkuatkuasa dari tarikh sabitan iaitu hari ini,” katanya sebentar tadi.

Ahmad Saiful sebelum ini mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 13 Jun 2019 atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Januari tahun lalu.

Dia ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat