Orchidmas tawar hadiah telefon pintar sempena hari landskap negara 2024 bermula hari ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN2024) di Taman Tasik Shah Alam, Selangor mulai hari ini hingga 2 Jun, orang ramai berpeluang memenangi hadiah telefon pintar dalam peraduan ‘Beli dan Menang’ jika mereka membeli ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ di lokasi acara atau melalui laman sesawang www.orchidmas.com sepanjang acara berlangsung.

Pengarah Urusan, Orchidmas Sdn. Bhd., Suhairi Sulaiman berkata syarikat itu akan menjual ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ dengan harga promosi sepanjang acara tersebut.

“Sesuatu yang pasti akan menjadi pengalaman indah untuk pengunjung yang membeli kotak hadiah itu pada harga istimewa dengan potongan diskaun sehingga 40 peratus. Pembeli yang bertuah akan berpeluang menerima telefon pintar yang akan diumumkan pada 2 Jun pada pukul 5.00 petang iaitu pada hari terakhir nanti.

“Sila ikuti laman Facebook Orchidmas untuk menonton sesi cabutan bertuah dan pengumuman lima pembeli yang bertuah menerima telefon pintar,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Suhairi, Orchidmas akan juga menemui pengunjung HLN2024 pada 30 Mei bagi berkongsi pengalaman dalam pengeksportan Orkid Mokara sebagai hiasan bilik, cenderahati dan lanskap di pasaran luar negara.

“Orchidmas merupakan pengeluar produk ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ dengan kerjasama peladang dalam projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) di Lukut dan Linggi, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

“Setakat ini kami telah memasuki pasaran Dubai sejak Februari lepas. Kami juga menerima maklum balas positif hasil penyertaan kami di Russia Islamic World: KazanForum 2024 di Rusia pada 14-19 Mei lepas. Insya-Allah peluang pasaran produk ini juga sangat tinggi di Timur Tengah,” katanya.

Sambutan HLN2024 dengan tema “Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani” akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari Sabtu, 25 Mei 2024.

Pelbagai acara disediakan termasuk pameran, jualan, pertandingan, program serta aktiviti menarik untuk pemain industri landskap serta pengunjung yang hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat