Bekas Setiausaha Politik Hamzah didakwa dua lagi pertuduhan minta suapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah pada Khamis, dituduh lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, atas satu kes meminta suapan RM350,000 berhubung tender pembekalan alat baiki berjumlah RM381 juta, empat tahun lalu.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, yang memakai kot berwarna biru, mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

“Faham, saya mohon dibicarakan,” kata bekas setiausaha kepada bekas Menteri Dalam Negeri terbabit, lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Sayed Amir Muzzakkir dituduh lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat atas satu kes meminta suapan RM350,000 berhubung tender pembekalan alat baiki berjumlah RM381 juta, empat tahun lalu.

Berdasaekan pertuduhan, lelaki itu didakwa meminta suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan, syarikat Nexuscorp Group, Wan Azhar Mohamed Yusof, di pejabat syarikat itu, di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, di sini, pada jam 4 petang, Disember 2020 lalu.

Ia didakwa sebagai upah membantu syarikat mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNET Untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kementerian Dalam Negeri, bernilai RM381,112,042.44.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat