Malaysia-Jepun Bertukar-Tukar Pengalaman Kurang Impak Pandemik – PM

- Advertisement -

Aturcara pertama lawatan rasmi 6 hari Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub di Jepun bermula dengan lawatan ke Bandar Itabashi. Beliau menerima sambutan rasmi dari Datuk Bandar, Takeshi Sakamoto di Dewan Bandaraya Itabashi pada pagi ini.

Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya, menghargai usaha Datuk Bandar Sakamoto dan pasukannya menganjurkan majlis sambutan yang pada pendapat beliau mencerminkan ikatan persahabatan yang erat antara Datuk Bandar dan kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri berkata, “Saya sempat menyaksikan betapa indah dan juga pesatnya pembangunan Bandaraya Itabashi. Pada hemat saya, segalanya ini merupakan kejayaan hasil kepemimpinan Datuk Bandar Sakamoto. Saya percaya banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pihak pengurusan Bandaraya Itabashi, terutamanya ketika dunia termasuk Malaysia berdepan cabaran luar biasa akibat pandemik COVID-19”.

Tambah Perdana Menteri lagi, sesuai dengan pemulihan dari pandemik Covid-19, pelbagai sektor sosial dan ekonomi perlu dibangunkan semula agar kembali dapat beroperasi dengan optimum.

“Saya percaya Jepun dan khususnya pengurusan Bandaraya Itabashi juga mempunyai kaedah-kaedah pengurusan terbaik untuk mengurangkan impak akibat pandemik. Saya percaya kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman”, kata beliau.

Perdana Menteri turut memuji penyertaan aktif golongan muda dalam acara sambutan rasmi beliau kerana ia jelasnya mencerminkan kesalinghubungan antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan, golongan muda dan dewasa pastinya saling memerlukan antara satu sama lain.

Malaysia dan Jepun jelasnya lagi, saling berkongsi nilai-nilai murni dan terpuji dalam menjunjung warisan budaya masing-masing. Rakyat Jepun terkenal dengan disiplin, lemah lembut, kesantunan dan sifat murah hati mereka. Ini sebenarnya sifat terpuji dan harus dicontohi.

Budaya ini juga dikongsi dalam masyarakat kami di Malaysia, kata Ismail.

Usai ucapannya, Perdana Menteri menyaksikan upacara menandatangani poster Sustainable Development Goals (SDGs) oleh wakil Malaysia dan Jepun. Ini merupakan satu manifestasi penegasan terhadap komitmen kerjasama kedua-dua negara ke arah menjadikan dunia lebih beraih, selamat, makmur sambil turut menjunjung prinsip kemanusiaan.

Malaysia kata Ismail, sememangnya mengagumi Jepun kerana pencapaiannya yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, serta kejayaannya dalam pengurusan kebajikan rakyat dan kerjasama di peringkat antarabangsa. Beliau berpandangan, kedua-dua buah negara boleh berganding bahu bersamasama untuk mempromosi SDGs di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat