61 Kematian, 6,509 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di negara ini masih lagi tinggi dengan 6,509 kes direkodkan hari ini.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 518,600 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman Twitter menjelaskan, Selangor juga masih mencatat kes harian tertinggi dengan 2,049 kes, diikuti Sarawak 530 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 468 kes.

“Kes jangkitan COVID-19 di Kelantan hari ini ialah 451 kes, Pulau Pinang (384 kes), Kedah (348 kes), Melaka serta Negeri Sembilan masing-masing 329 kes, Terengganu (263 kes), Pahang (257 kes), Perak (231 kes), Sabah (184 kes) dan Labuan (171 kes).

“Putrajaya pula 40 kes serta Perlis, tujuh kes,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kematian harian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan tertinggi hari ini, dengan 61 kes.

“Semua mangsa membabitkan rakyat tempatan dan ia menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 2,309 kes.

“Kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 711 individu manakala 369 lagi adalah pesakit intubasi.

“Jumlah pesakit yang sembuh semalam adalah sebanyak 3,452 orang,” katanya.

Semalam Malaysia merekodkan sebanyak 49 kematian manakala jumlah tertinggi sebelum ini adalah Khamis lalu dengan 59 orang. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat