RM7.8 Juta Diperuntukkan Pahang Melalui BPP – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sejumlah RM 7.8 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada rakyatnya secara bersasar-sasar yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ianya sebagai ambil peduli kerajaan Negeri Pahang ketika pandemik Covid-19 semakin menular dalam komuniti yang memberi bebanan kepada rakyatnya menguruskan kehidupan seharian yang kian mencabar ini.

“Sukacita saya umumkan peruntukan RM7.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar, kepada rakyat negeri Pahang yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Peruntukan besar yang disediakan ini sebagai tanda mengambil kisah dan mengambil berat Kerajaan Negeri ke atas kemaslahatan rakyat, apatah lagi dalam menghadapi tempoh yang sukar sekarang,” katanya melalui kenyataan media.

Jelas Wan Rosdy lagi, peruntukan BPP yang dilaksanakan adalah mengikut kemampuan kewangan Kerajaan Negeri ketika ini.

Sepertimana inisiatif-inisiatif bantuan yang Kerajaan Negeri berikan sebelum ini, BPP COVID-19 secara bersasar yang akan diberikan kali ini masih dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan, ujarnya.

“Antara golongan yang akan memanfaatkannya ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi, kes-kes COVID-19 aktif termasuk mangsa menjalani kuarantin di rumah, gelandangan, miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia 80 tahun ke atas.

“Segala persediaan sedang giat dilakukan dan saya berharap, pengagihan sebenar BPP COVID-19 secara bersasar ini dapat dilaksanakan sesegera mungkin agar bakal-bakal penerima dapat memanfaatkannya dalam kadar segera juga, In Sya Allah,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat