Menang PRN Johor Bukan Jaminan Menang PRU – Hasni

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan jaminan untuk merekod kejayaan sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

“Kita anggap bila sampai masa Pilihan Raya Umum nanti, cabaran yang ada itu perlu kita teliti kerana kejayaan PRN tidak menjamin kejayaan pada PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO Johor.

Jelas Hasni, ikhtiar BN dalam PRN Johor sentiasa dipantau dan ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) serta Belanjawan Johor 2022.

Katanya, ia sebagai persiapan bagi menghadapi PRU15 di Johor yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, jelas Hasni, satu jawatankuasa penyelaras hubungan kerajaan negeri dan UMNO akan ditubuhkan bagi memastikan kerjasama lebih strategik antara kedua pihak.

“UMNO sentiasa menyokong kepimpinan kerajaan negeri dan ini dibuat melalui cadangan dan syor yang dikemukakan, termasuklah kritikan dan teguran yang dikemukakan,” ujarnya.

Katanya, jawatankuasa penyelaras itu akan dianggotai empat wakil UMNO Johor dan empat ahli kerajaan negeri, yang berkemungkinan daripada kalangan barisan exco atau mana-mana individu yang disyorkan Menteri Besar.

-ASTRO AWANI

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat