Pahang Naikkan Elaun Pengerusi JKKKB Sebanyak RM750

- Advertisement -

JERANTUT: Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan kenaikkan elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) Negeri Pahang dari RM500 kepada RM750.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikkan elaun Pengerusi JKKKB itu bermula Januari 2022.

Jelasnya, pengumuman ini dapat memberi impak positif dalam membantu dan memajukan masyarakat, serta sentiasa peka kepada setiap permasalahan yang berlaku di kawasna masing-masing.

May be an image of 6 people, people sitting, people standing and indoor
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) Negeri Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, pada Khamis.

“Tahniah dan syabas kepada Ahli-Ahli Majlis PBT dan Pengerusi JKKKB yang menjadi penghubung antara masyarakat dengan Kerajaan Negeri serta berperanan memudahkan penyelarasan sesuatu dasar atau agenda pembangunan Negeri.

“Dalam majlis ini, saya telah mengumumkan kenaikan elaun bagi Pengerusi JKKKB dari RM500 kepada RM750 bermula Januari tahun ini,

“Saya berharap dengan pengumuman ini dapat memberi impak positif dalam membantu dan memajukan masyarakat, serta sentiasa peka kepada setiap permasalahan yang berlaku di kawasna masing-masing.” Katanya ketika merasmikan Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) Negeri Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak menyemai semangat kebersamaan bagi memastikan negeri Pahang maju.

“Saya juga ingin berpesan agar tiada sifat antah kumpul sama antah, beras kumpul sama beras di antara kita, sebaliknya kita semailah semangat kebersamaan kerana muafakat itu berkat, dan kita jadikanlah konvesyen seperti hari ini untuk berkongsi pelbagai inisiatif yang baik, serta idea yang proaktif di antara kita dalam memastikan kemajuan negeri kita.” ujar Wan Rosdy. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat