Pembukaan Sempadan Johor-Singapura Dalam Masa Terdekat : Onn Hafiz

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan sempadan semula Johor-Singapura akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, semoga setiap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau berkata demikian selepas berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, di sini, pada Khamis.

“Syukur Alhamdulillah.

”Saya telah berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tentang pembukaan semula sempadan Johor-Singapura.

”InsyaAllah, ada berita baik berkenaan pembukaan semula sempadan Johor-Singapura dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

”Semoga setiap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.” Katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat