Lagu Search bernilai jutaan ringgit

Kuala Lumpur: Pemain gitar Search, Noordin Taib mendedahkan ada beberapa pihak berminat untuk membeli katalog lagu-lagu kumpulan rock legenda itu yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Noordin berkata, katalog lagu milik Go Search Sdn Bhd itu membabitkan lapan album studio mereka iaitu Fenomena, Karisma, Rampage, Gema Di Timur Jauh, Rock N’ Roll Pie, Bikin Wilayah, Selepas Banjir dan Gothik Malam Edan.

“Buat masa ini ia masih di peringkat awal perbincangan. Ada pelbagai perkara lagi perlu diperhalusi,” katanya kepada Harian Metro.

Selain Noordin, Search yang tahun ini mencecah usia 40 tahun turut dianggotai Kid (gitar) dan Nasir (bass) selepas penyanyi, Amy meninggalkan kumpulan itu tahun lalu.

Mereka juga menggunakan khidmat pemain dram undangan, Pae selain Datuk Awie selaku penyanyi undangan untuk konsert Projek Bikin Wilayah 2021.

Bagaimanapun, konsert terbabit sudah dua kali ditunda akibat penularan Covid-19.

 

PEMAIN gitar Search, Noordin.
PEMAIN gitar Search, Noordin.

 

Dalam perkembangan lain, Noordin berkata, Search turut diberi kebenaran untuk mengeluarkan semula produk kasut jenama Aliph yang popular pada era 1980-an.

“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan pemilik eksklusif jenama itu baru-baru ini. Buat permulaan kami akan keluarkan semula model Aliph Search yang pernah dikeluarkan pada 1980-an. Ia akan diikuti dengan model Aliph yang lain,” katanya.

Nordin berkata, apa yang mereka lakukan itu juga untuk penjenamaan Search.

“Search kini bukan sekadar kumpulan rock, tetapi adalah satu jenama dan institusi. Sejak 1980-an hingga hari ini, ia adalah jenama yang kukuh dan tersendiri,” katanya yang menganggotai Search sejak 1984.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Apple bakal perkenal generasi iPad baharu Selasa ini

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan 'Spring Loaded' pada Selasa ini. Ia adalah majlis pertama untuk Apple...

Artis serba boleh

MESKIPUN penularan Covid-19 dalam negara sejak tahun lalu, menghalang kebanyakan penyanyi terbabit dengan aktiviti persembahan, ia tidak mematahkan semangat penyanyi Atilia Haron untuk terus...

2.7 juta tonton konsert BTS

Seoul: Lebih 2.7 juta menonton konsert kumpulan BTS, BANG BANG CON 2021 di seluruh dunia yang berlangsung secara maya, kelmarin. Agensinya, Big Hit Music mengumumkan...