Video: Padam api cemburu, Tok Mat kemuka formula PN menang besar PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan keretakan hubungan antara UMNO dan Bersatu tidak lain tidak bukan hanya berpunca daripada perasaan cemburu hati dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya.

Katanya, gelojak cemburu hati itu membangkitkan persaingan untuk berebut kerusi bertanding memandangkan masing-masing sudah nampak jalan untuk bertanding menjadi calon PRU-15.

“Kita berfikir biar panjang, bertindak biar bijak, fikir panjang-panjang sama ada buruk baiknya. Memanglah semangat dari bahagian-bahagian nak menolak kerana masing-masing cemburu hati sebab masing-masing dah nampak nak bertanding sebagai calon.

“Sebagai parti saya melihatnya daripada perspektif yang lain, sebagai pemimpin parti di atas bagi saya sengketa ini semata-mata disebabkan oleh cemburu hati tentang pembahagian kerusi.

“Mula-mula kata semua kerusi yang melompat itu kerusi kita, memang pun dalam pendirian kita siapa-siapa yang melompat, kerusi-kerusi daripada ahli Parlimen yang melompat keluar dari UMNO itu memang kita sebut kita akan jadikan sebagai kita punya kerusi.

“Tetapi kita boleh berunding tertakluk kepada formula-formula yang kita perlu pakai,” ujar Mohamad ketika di wawancara oleh UMNO Online.

Menurut beliau, Muafakat Nasional (MN) perlu diperkasakan.

Tidak menolak kemungkinan, Mohamad berkata, boleh jadi esok di saat-saat akhir kita berunding, Bersatu lembut hati.

“Mungkin Bersatu katakan tak apalah kami bertanding sedikit sahaja apa yang kami menang dan tambah sedikit apa salahnya?

“Dia (Bersatu) menang 13 kerusi, itu kerusi hak dia kerana saya gunakan formula mana-mana parti yang menang pada PRU-14 itu kerusi hak masing-masing
macam UMNO menang masa itu 55 kerusi, jadi itu dah automatik kita punya walaupun ‘team 15’ sudah lari tetapi itulah kerusi kita.

“PAS menang 18 kerusi, Bersatu menang 13 itu kita punya formula pertama, maknanya kita dah ‘kunci’ 55 UMNO, 18 PAS Ddan 13 Bersatu,” jelas beliau.

Mohamad menambah, ada banyak kerusi lain lagi jadi apa formula kita nak pakai?

“Kita pakai formula sesiapa yang dapat tempat kedua undian terbanyak itu hak dia. Misalnya di kerusi Paroi, BN mendapat tempat kedua terbanyak maksudnya itu kerusi BN.

“Kalau di tempat mana PAS dapat tempat kedua terbanyak itu PAS punya kerusi. Begitu juga kalau tempat mana Bersatu dapat kedua terbanyak itu kerusi dia

“…Yang nak kita berebut-rebut sangat apahal? semua ini asas cemburu hati jadi cemburu hati ini tak boleh sangat. Cemburu hati kadang-kadang keluarga pun boleh berpecah, suami isteri boleh bercerai-berai,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa menyatakan persetujuan dengan formula yang dicadangkan oleh Mohamad.

“Saya sependapat dengan Mohamad Hasan. Itulah pendirian asal UMNO,dan itulah yang sepatutnya disusuli.

“Antara kata Timbalan Presiden itu,elak cemburu hati kerusi hendaklah dirundingi.

“Kerusi yg di menangi parti masing masing PRU14 dipertahankan parti berkenaan dan jika semangat ini diteruskan formula menang besar PRU-15 berada di tangan parti parti Melayu yang sepakat,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat