Musuh mungkin kecewa gagal lagakan profesional dan ulama, Hadi sendiri cadang nama Samsuri – Idris

KUALA LUMPUR – Musuh mungkin kecewa kerana hasrat melihat Perikatan Nasional (PN) berpecah tidak kesampaian, kata Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad.

Tegas beliau, kebijaksanaan pimpinan dan kematangan ahli berjaya menyekat segala percaturan.

“Dengan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN, maka terjawablah segala spekulasi dan teka-teki yang berlegar sebelum ini.

“Tahniah kepada Samsuri atas amanah besar ini. Insya-Allah beliau akan meneruskan agenda perjuangan yang telah digarap dengan penuh hikmah dan kesungguhan.

“Kepada yang cuba melaga-lagakan golongan profesional dan ulama, jawapannya mudah. Cadangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang,” bidas Idris.

Malah menurut Pesuruhjaya Pas Perak itu lagi, pada PRU 2018, Hadi sendiri memberi laluan di DUN Ru Rendang kepada Samsuri.

“Inilah sifat pemimpin yang tidak mengejar jawatan, tetapi memikul amanah demi memastikan Islam terus memandu pentadbiran,” ujarnya.

“Sementara itu, rakyat juga melihat apa yang berlaku dalam PH — pergeseran dalaman yang semakin terserlah. Rakyat menilai dengan mata dan hati.

“Alhamdulillah, sokongan akar umbi dan warga maya terus mengalir. PN terus melangkah ke hadapan dengan lebih tersusun, matang dan berprinsip,” kata Idris.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu juga merakam setinggi penghargaan juga buat Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jasa dan sumbangan membina kekuatan PN sehingga menjadi blok yang digeruni dan dihormati.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat