Juara Anugerah Lagu Indie 2023, Milik Pengkarya Indie Pop, Rock Atau Hip Hop?

- Advertisement -

Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang tadi.

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami telah menerima 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini. Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi.

Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.” Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata,

“Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.”

Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.

Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Senarai penuh Finalis Anugerah Lagu Indie disertakan di helaian Lampiran

Senarai finalis Anugerah Lagu Indie 2023
Top 5 kategori hip Hop terbaik
1. Ice Cold Castle
komposer: Jeffy Chong, Oii Chen Chun, Ammar Ariff dan Danish Hakimi.
Lirik: Jeffy Chong,  Ammar Ariff dan Danish Hakimi
Artis : Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.

2. Candy mind
Komposer : Sya
Lirik: Sya & Senna
Artis: Sya

3. LXF
Komposer : Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Good Music, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Dynye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Lirik: Saabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K.,Zemo, Benzooloo, Dynye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Artis: LXF

4. Gard O Gard
Komposer: Uzayr Muhammad dan Jeffry Affendy
Lirik: Uzayr Muhammad dan Jeffry Affendy
Artis: 53 UNIVERSE

5. Mimpi Untuk Semalam
Komposer: Dafreakinas, Jaystation, Quai
Lirik: Jaystation, Quai
Artis: Slatan / Jaystation, Quai

TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK
1. PURA
Komposer: Fatin Faizal
Lirik: Fatin Faizal
Artis: Fatin Faizal

2. PEMBUNUH MALAM
komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar

3. STARGAZING
Komposer: Odelia Tirza
Lirik: Odelia Tirza
Artis: Odelia Tirza

4. LUKA
Komposer: Lily Jannah
Lirik: Lily Jannah
Artis: Lily Jannah

5. DERANA
Komposer: Syahir Cherpen
Lirik Syahir Cherpen
Artis: Heidi & Ruang Hati

TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK
1. JIWA (TAKHTA MILIK KITA)
Komposer: Aiman, Faz, Adry, Shahril
Lirik: Shahril Redzwan
Artis: Akta

2. IN THE HAZE
Komposer: Chia Shock Hong, Bryan Lu
Lirik: Chia Shock Hong
Artis:Math Class

3. INTI SARI
Komposer: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry
Lirik: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad
Artis: Zerophobia

4. TERRA LUNA
Komposer: Crazy Grizzly
Lirik: Mustika Sari
Artis: Crazy Grizzly

5. SOULED OUT
Komposer: Vota
Lirik: Vota
Artis: Vota

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat