YBR Sumbang RM200 Ribu Kepada Pelajar Kalangan B40

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyerahkan sumbangan RM200,000 kepada pelajar kalangan B40 sempena pembukaan semula sesi persekolahan pada 4 Mac ini.

Bukan itu saja, golongan miskin yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku awal Januari lalu turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000.

Kedua-dua sumbangan ini melibatkan kerjasama di antara Bank Rakyat, SME Bank dan Uda Holdings.

Pelajar dari keluarga B40 layak menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM200 seorang termasuk pembelian baju, kasut dan beg sekolah.

Menteri Medac, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan meyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

“Program back to school YBR sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dan telah memberi manfaat kepada 33,721 pelajar dengan peruntukan RM3.07 juta,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat