Agungkan Komunis, Pemuda UMNO desak tarik balik dan betulkan fakta Sejarah Tingkatan 4

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Kandungan buku teks itu dilihat menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.

“Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang Komunis dan MPAJA (Rujuk muka surat 75 Buku Teks Sejarah Tingkatan 4),” katanya.

Asyraf menambah, secara halus dan tersirat, kerajaan PH terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.

Justeru, Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku-buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat