Hayat UMNO bukan di tangan Bersatu, kata Zahida kepada Wan Fayhsal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Hidup mati UMNO bukan di tangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.

Zahid membuat kenyataan itu sebagai membalas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Katanya, UMNO yang mampunyai tiga juta ahli masih relevan dan kukuh kerana dikuatkan dengan akar umbinya yang setia.

“Hidup mati UMNO bukan di tangan kamu. Kamu boleh tanya pada rakyat dan lebih 3 juta ahli UMNO, adakah parti ini sudah tidak relevan?

“Alhamdulillah, ‘pohon’ UMNO masih kukuh dikuatkan oleh akar umbinya yang setia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Secara sinis Zahida berkata, di saat pemimpin Armada Bersatu itu mengatakan masa UMNO telah berakhir, namun bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad masih menyayangi parti keramat orang Melayu.

“Parti keramat ini akan terus kuat, untuk terus memayungi rakyat dan negara.

“Kamu kata zaman UMNO sudah berakhir. Ironinya, bos kamu dahulu Tun Mahathir mengaku masih sayang UMNO.Jadi zaman siapa yang sudah berakhir?

“Kami sudah biasa dengan serangan demi serangan, tapi untuk melemahkan parti ini tidaklah mudah, tidak semudah ‘mencetak wang’,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengingatkan UMNO supaya akur bahawa parti itu bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.

Katanya, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat