Lebih 40 dasar reformasi ekonomi diperkenal sejak tiga tahun lalu berjaya tingkatkan pendapatan isi rumah – Akmal Nasir

KUALA LUMPUR, – Kerajaan MADANI menegaskan reformasi ekonomi yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu mula menunjukkan hasil apabila lebih 40 dasar dan inisiatif utama baharu diperkenalkan, selain pindaan terhadap lebih 80 akta berkaitan serta pelaksanaan lebih 50 projek berimpak tinggi untuk kesejahteraan rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, dalam jawapan lisan Dewan Rakyat susulan pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), mengenai sejauh mana janji reformasi ekonomi kerajaan ditunaikan ketika kos sara hidup terus meningkat.

Menurut beliau, prestasi ekonomi negara kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dianggarkan berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025, disokong kadar inflasi rendah 1.4 peratus (November 2025) serta kadar pengangguran 2.9 peratus, iaitu paras terendah sejak 2014.

Kerajaan turut memaklumkan pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM663.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025.

Dari sudut kesejahteraan rakyat, pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat 3.8 peratus kepada RM9,155 pada 2024 berbanding RM8,479 pada 2022, manakala kadar kemiskinan mutlak menurun kepada 5.1 peratus daripada 6.2 peratus.

Bagi meningkatkan pendapatan pekerja, kerajaan melaksanakan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum RM1,700 sebulan mulai 1 Ogos 2025, selain Dasar Gaji Progresif yang telah memberi manfaat kepada lebih 43,000 pekerja.

Dalam menangani kos sara hidup, kerajaan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM500 serta Sumbangan Asas Rahmah sehingga RM200, selain memperkukuh inisiatif Payung Rahmah seperti Jualan Rahmah dan Menu Rahmah.

Kerajaan juga menegaskan reformasi ekonomi akan diteruskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah kerangka Ekonomi MADANI dengan pendekatan “menaikkan siling dan menaikkan lantai”, termasuk pembaharuan struktur pasaran buruh, pendidikan, perumahan serta langkah khusus bagi membendung tekanan sara hidup.

Menteri Ekonomi menegaskan kejayaan reformasi bukan hanya diukur melalui pertumbuhan KDNK semata-mata, tetapi melalui gabungan inflasi terkawal, pasaran buruh stabil, peningkatan pendapatan serta pengurangan beban kos sara hidup rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat