Yayasan Keluarga Malaysia dan AEON santuni keluarga mangsa Covid-19 sempena Tahun Baru Cina

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) tampil meraikan anak yatim Covid-19 dari masyarakat Tionghua menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan dismabut pada minggu hadapan.

Petang tadi Ismail Sabri selaku Pengerusi YKM mengunjungi Na Ai Tin dan dua orang anaknya Tan Fu Xiang, 17, dan Tan Yan Shi, 14 yang kehilangan ketua keluarga Tan Heeng Kooi akibat wabak Covid-19.

Na Ai Tin kini menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai dan menyewa rumah tidak jauh dari tempat kerjanya.

Menurut Ismail Sabri, keluarga Na merupakan salah satu daripada 16 keluarga Cina di seluruh negara yang turut menerima bantuan RM300 pada Tahun Baharu Cina ini.

Ini merupakan tambahan kepada Bantuan Kasih tahunan yang disalurkan kepada hampir 1,000 penerima, dengan implikasi kewangan RM3 juta setahun.

Bagi tahun ini YKM akan mula mengkreditkan Bantuan Kasih kepada semua penerima yang layak pada 30hb setiap bulan mulai Januari.

“Bantuan Kasih ini akan disalurkan kepada“Jumlah ini dijangka meningkat kerana kami terus menerima permohonan baharu untuk bantuan, yang kini sedang ditapis,” katanya.

Bantuan Kasih terdiri daripada dua kategori bantuan, dengan yang pertama untuk mereka yang berumur sehingga 15 tahun yang akan menerima RM200 sebulan, dan yang kedua adalah mereka yang berumur 16 tahun hingga tamat ijazah pertama mereka, yang akan menerima RM250 sebulan.

“Sebelum ini, mereka yang berumur bawah 16 tahun menerima RM2,000 setahun, manakala mereka yang berumur 16 tahun hingga tamat ijazah pertama menerima RM2,500 setahun, dengan bayaran dibuat tiga kali setahun,” tambah Ismail Sabri lagi.

Sementara itu, pasaraya AEON turut tampil memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada keluarga Na Ai Tin sebagai membantu meringankan beban menjelang perayaan.

Menurut Pengurus Kanan Strategi Perniagaan Baru AEON, Siti Liyana Abu Noor, syarikat mereka juga sedang mengkaji untuk mengadakan kerjasama dengan lebih meluas dengan YKM sebagai satu langkah membantu keluarga mangsa Covid-19 meneruskan kehidupan.

YKM juga ingin menyeru orang ramai yang terkesan akibat COVID-19 untuk menghubungi di talian 03-2202 7493 atau emel ke [email protected] bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh YKM. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat