Himpunan anti rasuah boleh diteruskan tapi tempat tertentu – Anwar Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kerajaan tidak menghalang sebarang himpunan sekiranya itu bertujuan untuk melawan atau membanteras aktiviti rasuah di negara ini.

Anwar turut mengesahkan Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadual esok telah diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa tempat atau lokasi himpunan yang tidak dibenarkan untuk berhimpun.

“Kita tak ada masalah, boleh. Kerajaan memberi kebenaran (untuk berhimpun), malah kebenaran sudah diberikan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebut kebenaran diberikan.

“Cuma ada tempat-tempat yang tidak diberi kebenaran untuk berhimpun. Tapi bagi saya tak ada masalah, buatlah, bantah-bantahlah rasuah. Kalau ada (himpunan lawan rasuah), saya tidak tolak usul, nak berhimpun, berhimpunlah,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap komited dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan rasuah, dan akan terus menekan mana-mana pimpinan yang berbuat demikian.

“Kalau kamu orang kaya (ambil rasuah) berbilion ringgit, ramai penyokong pertahan. Sekarang kata nak lawan rasuah. Saya komited, kalau ada mana-mana pimpinan yang terlibat bagi tahu, tak ada masalah, kita tekan mereka,” tegasnya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah itu adalah susulan perhimpunan Ambang Tahun Baharu pimpinan pelajar di Sabah yang membantah ahli politik negeri terbabit didakwa terlibat dalam skandal rasuah.

Himpunan berkenaan akan berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan berakhir di Dataran Merdeka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat