Edisi Mewah Porsche Design Mula Dijual Di Seluruh Negara, Didatangi Kamera Berkuasakan AI 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2025 – Telefon pintar mewah terbaharu HONOR, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR mula dijual di seluruh negara hari ini. Peranti eksklusif ini menawarkan gabungan unik estetika kereta sport Porsche dan teknologi canggih. Telefon pintar ini mendapat perhatian ramai selepas diperkenalkan di pentas pelancaran rasmi di Malaysia awal Januari kerana mempunyai pengimejan, paparan, prestasi dan interaksi sistem yang dipertingkatkan. Justeru, peminat boleh mencuba, seterusnya beli PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR di 16 HONOR Store terpilih atau menerusi kedai dalam talian HONOR Malaysia. 

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangi dalam RAM 24GB dan storan gergasi 1TB pada harga RM6,999. Peranti ini tersedia dalam dua warna menawan inspirasi daripada Porsche. Warna baharu Provence adalah ungu moden yang memberi sentuhan mewah pada reka bentuk dan kefungsian peranti. Manakala Agate Grey klasik adalah tona warna elegen dengan unsur maskulin dan sporty. 

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM1,597, termasuk Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge. Tambahan pula, pembeli juga boleh membeli jam tangan pintar HONOR Watch 5 yang berharga RM599 pada hanya RM9.90 apabila membeli PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sementara stok masih ada. 

Keunggulan Fotografi Telefon Pintar Berpacukan AI 

HONOR sentiasa mengutamakan kamera telefon pintarnya dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR mempunyai sistem tiga kamera yang ditambah baik selain sedikit berbeza dengan HONOR Magic7 Pro. Ia terdiri daripada Kamera Utama H9800 Super Dynamic 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP yang dipertingkatkan dan Kamera Lebar 50MP untuk menangkap gambar profesional. Kamera telefoto mengetengahkan sensor besar 1/1.4 inci dan apertur f/1.88 yang terbesar dalam industri. Telefon pintar ini juga didatangi Sistem Autofokus Matrix LiDAR 1200-Point yang mempunyai aktuator fokus elektromagnetik berkembar untuk mempertingkatkan ketepatan memfokus, kelajuan dan penjejakan terutamanya bagi objek yang bergerak. 

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR turut menampilkan beberapa perkakasan fotografi berpacukan AI bagi menghasilkan imej berkualiti bertaraf professional. Ciri AI Super Zoom terbaharu sesuai untuk menangkap pemandangan dan seni bina yang jauh dengan kejauhan fokus daripada 30x ke 100x serta resolusi yang dipertingkatkan AI. Hasil imej lebih jelas walaupun ditangkap dari jarak yang jauh. Ciri ini berupaya menyerlahkan butiran terperinci bangunan dan semula jadi seperti daun dan kelopak bunga bagi mencipta visual kontras menawan. 

 

Ciri All-Scenario AI Harcourt Portrait menghasilkan gambar potret lebih baik dengan bokeh semula jadi, cahaya dan bayang seimbang berbanding telefon pintar flagship lain. Ia juga membolehkan penggambaran potret 3x dengan bokeh latar depan dan titik cahaya 3D yang mampu menyaingi kamera profesional, pada masa sama menangkap butiran wajah dan transisi latar belakang pada 6x. Menangkap gambar potret juga lebih mudah dengan ciri AI Enhanced Portrait untuk potret lebih menawan dalam definisi ultra tinggi, warna terang sambil mengekalkan keaslian kandungan.

AI Motion Sensing Capture berupaya mengesan ekspresi dan pergerakan pantas sambil mengekalkan kejelasan gambar. Oleh itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR peranti terbaik untuk merakamkan situasi seperti kanak-kanak bermain atau pergerakan haiwan peliharaan dalam kelajuan tinggi walaupun menggunakan zum daripada 1x ke 10x. Peranti ini juga didatangi dengan HD Burst Shot untuk menangkap setiap pergerakan dalam aksi berkelajuan tinggi pada 10 bingkai per detik. Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan ciri ini untuk menangkap aksi pemain papan selaju dengan kejelasan yang amat luar biasa. Stage Mode pula sesuai digunakan untuk persekitaran dinamik seperti konsert dan pesta muzik. Dengan AI, warna gambar kekal sebenar dan pendedahan seimbang meskipun di keadaan pencahayaan yang mencabarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sila kunjungi laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/ 

Senarai HONOR Store yang menjual PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR:
HONOR Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur
HONOR Store Pavilion Elite, Kuala Lumpur
HONOR Store The Gardens Mall, Kuala Lumpur
HONOR Store Plaza Lowyat, Kuala Lumpur
HONOR Store Setapak central Mall, Kuala Lumpur
HONOR Store Publika, Kuala Lumpur
HONOR Store Sunway Pyramid, Selangor
HONOR Store 1Utama, Selangor
HONOR Store AEON Mall Nilai, Selangor
HONOR Store IOI City Mall, Putrajaya
HONOR Store Gurney Plaza, Penang
HONOR Store Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
HONOR Store AEON Mall Kuching Central, Kuching
HONOR Store AEON Mall Bandaraya Melaka
HONOR Store The Mall Mid Valley Southkey, Johor Bahru
HONOR Store Sutera Mall, Johor

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat