PM Pengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tangani Kenaikan Harga Barang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan prihatin dengan isu kenaikan harga barang yang berlaku kebelakangan ini dan komited untuk menanganinya.

Justeru itu, Perdana Menteri berkata beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu berkenaan daripada kementerian-kementerian berkaitan.

“Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan kebanyakan barangan akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember tahun lalu,” kata Presiden DPMM Abd Halim Husin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat