Jambatan Baharu Di Kuala Krai – Mahdzir

- Advertisement -

KUALA KRAI – Lebih dua ribu penduduk di Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan mendapat manfaat apabila jambatan baharu di kampung itu siap pembinaannya pada hujung tahun 2020.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebanyak RM 28.6 juta diperuntukkan bagi pembinaan jambatan baharu itu bagi menggantikan jambatan lama yang tidak selamat dan sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh menyebabkan penduduk terputus hubungan.

“Jambatan ini dinaikkan ketinggiannya sedikit daripada jambatan yang lama dan InshaAllah kalau banjir besar melanda ianya tak akan sampai ke paras jambatan ini berdasarkan jangkaan dan perkiraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jambatan yang membantu penduduk disekitar berukuran 240 meter itu terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 1 kilometer dari Simpang Jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang dari Kg. Manjor ke Kg. Pemberian,” jelas Mahdzir dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid itu turut dihadiri Timbalan Menteri II KPLB Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, Datuk Nik Mohammad Abduh Nik Aziz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat