Terowong Pulau Pinang tak dibayar, macam mana nak rasmi? – Guan Eng tanya Tok Mat

KUALA LUMPUR – Tidak menunggu lama Penasihat DAP Lim Guan Eng tampil menyerang balas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkait kes terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar?

“Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma,” bidas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sebelum itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memulangkan paku buah keras kepada DAP apabila menyindir berkait kes rasuah terowong dasar laut di Pulau Pinang

“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang.

“Mungkin pertengahan tahun 2026,” catat Timbalan Pengerusi BN Facebooknya.

Untuk rekod, mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat