Oleh Zihan Zari
GERIK – Kursus kemahiran produk hiliran berasaskan buah-buahan dari penghasilan Tart Mangga dan Pai Nanas, merupakan sebuah program latihan penjanaan pendapatan.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Perak, berkata program berasaskan ‘Quick Win’ ini merupakan kursus jangka pendek yang dapat memberi kesan segera kepada pelatih memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup program program Pemberdayaan Usahawan Wanita 2024 di Kolej Komuniti Gerik (KKGP), dekat sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak,
Kavaramma a/p Subramaniyam; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak, Nurfarhana Lee Zulkiflee Lee; Pengarah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Utara, Abdul Samat Abdul Hamid; Timbalan Pengarah Akademik KKGP, Halizawati Halim, dan Penyelaras Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mohd Izanee Mohd Llias.
Salbiah berkata, program seumpama ini dapat melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebih ramai kalangan mereka berjaya, berdaya tahan, maju dan berdaya saing.
Menurutnya, program ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perak.
“Program latihan penjanaan pendapatan ini turut memberi bimbingan dan latihan bagi memulakan perniagaan kendiri serta membantu menghubungkan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan,”katanya.
“Selain itu, membantu melahirkan usahawan wanita dan sedia ada sebagai pelapis dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan yang berjaya, berdaya tahan, maju dan berdaya saing dapat dilahirkan, ”katanya.
KKGP dalam kenyataannya memaklumkan, kursus sehari ini yang berlangsung di Bilik Memasak KKGP di sini melibatkan seramai 30 orang peserta terpilih oleh JPW Perak.
Dalam pada itu, seorang peserta program, Siti Robayah Darus,66, dari Kampung Plang Gerik melahirkan kesyukuran kerana telah terpilih menyertai kursus ini.
“Selepas ilmu yang diperolehi ini saya bercadang untuk berkongsi dengan masyarakat di luar sana terutama ibu tunggal untuk membantu mereka bagi menjana pendapatan.
“Dengan penghasilan pembuatan kuih tart mangga dan pai nanas, permintaannya amat tinggi terutamanya menjelang tiba musim perayaan,”katanya.-SUARA.TV