“Ini zaman separuh gila, kerajaan berjimat malah dicerca” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan kepimpinan Kerajaan Madani memilih untuk tidak terlalu melayani karenah picisan dan kenyataan hambar pihak lawan yang mengkritik tindak-tanduk kerajaan kerana dianggap tidak membantu memacu pertumbuhan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyinggung kritikan yang dibangkitkan berkait langkah penjimatan kerajaan dengan meminta syarikat-syarikat swasta menaja kos perjalanan lawatan kerja rasmi Perdana Menteri dan delegasi ke lima negara membabitkan tiga benua.

“Kita tidak terlalu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan-kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu.

“Baru-baru ini kita pergi ke lima negara tentunya memakai pesawat MAS, dengan belanja yang tentu tinggi.

“Jadi kita anjurkan syarikat-syarikat swasta yang ada potensi melabur atau sedang melabur seperti Proton, Petronas, Yinson, Sapura Energy, syarikat-syarikat semikonduktor, Top Glove dan lain-lain. Mereka menyertai rombongan dan membayar khusus, itu pun jadi salah.

“Negara ini kalau kita layan sangat yang mencuri, yang merompak, yang sakau itu dipuja tapi kita cuba jalankan program cara bersih itu dicerca. Ini dikatakan zaman edan, separuh gila,” bidas Anwar ketika Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan negara ini diiktiraf bukan kerana Perdana Menterinya.

“Sebaliknya kerana negara ini aman, negara ini pacu pertumbuhan kerana pasukan itu bersuara yang sederap dengan satu nada.

“(Sebab itu) bila sebut saja masalah Palestin suara kita didengari.

“Sementara satu dunia iktiraf Malaysia namun masih ada yang keliru kata kita menyokong Israel,” kata beliau.

Tidak menafikan kekurangan kerajaan, Anwar mengakui masalah hutang dan rasuah masih membelenggu.

“Ya masalah ada hutang masih ada, ketelanjuran rasuah masih lagi berlaku.

“Tetapi ditanya apa keistimewaan Madani, ia adalah ketegasan yang bermula di Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, setiap kelulusan perolehan mesti melalui proses yang telus, tender telus.

“..dan tidak diizinkan penyelewengan rasuah dan amalan salah guna kuasa seperti lazim yang dikenali di negara ini.

“Ini bukan mudah, ia memerlukan tekad politik yang jelas pimpinan,”tegas beliau sambil menyatakan tempoh dua tahun masih mentah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat