30 MP BN Mohon Tangguh Menghadap Agong Esok, Kekal Neutral

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mungkin memohon penangguhan menghadap Yang di-Pertuan Agong yang dijadual pada pagi Rabu jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Permohonan penangguhan ini bersandarkan kepada tiada kata sepakat dicapai oleh BN setelah beberapa siri mesyuarat gagal.

Beberapa ahli Parlimen BN yang ditemui memberitahu mereka kekal dengan pendirian awal tadi yakni kekal pembangkang dan tidak menyokong mana-mana gabungan parti.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menberitahu, setelah selesai dua mesyuarat malam tadi BN sepakat untuk memohon penangguhan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi nanti.

“Kita mengekalkan keputusan pagi tadi untuk kita tidak memihak kepada sesiapa.

“Jadi kita terpulanglah kepada Presiden atau Pengerusi BN untuk memaklumkan kepada Tuanku.

“Kita (BN) sudah meminta penangguhan. Biar Pengerusi BN perincikan maklumat lanjut. Sehingga hari ini kita tak ada apa-apa perubahan pendirian kita. Masih kekal pendirian kita seperti pagi tadi. Kita tak memberi sokongan mana-mana Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PH) untuk membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui media di lobi Menara Datuk Onn pada malam tadi.

Sin Woon malah memaklumkan tiada sebarang akuan berkanun (SD) yang ditandatangani oleh 30 ahli Parlimen BN.

Senada dengan reaksi Sin Woon, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada Istana Negara malam ini.

Katanya, beberapa perkara masih diteliti sebelum sebarang keputusan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri ke-10.

“Kita akan buat keputusan selepas perundingan namun beberapa perkara masih belum selesai (mengenai sokongan calon Perdana Menteri ke-10),” katanya.

Malah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan juga telah menyatakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Kadir telah memaklumkan permohonan penangguhan kepada Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat