BN Buat Dua Mesyuarat Berasingan Malam Ini – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijadual mengadakan dua mesyuarat berasingan malam ini.

Dua mesyuarat berkenaan dipercayai memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk Kerajaan Persekutuan.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat bersama Ahli Parlimen gabungan berkenaan dijadual berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, pada jam 9 malam ini

Hishammudin memberitahu, BN belum memuktamadkan sebarang ketetapan berhubung perkara berkenaan, selain memaklumkan perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh, malam ini.

“Nanti kita tunggu selepas meeting (mesyuarat) malam ini. Terlalu awal untuk saya menyatakan sebarang pendirian.

“Dua meeting itu saya boleh sahkan, satu (Dewan Tertinggi) BN dan satu lagi (bersama) Ahli Parlimen,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, beliau menjelaskan, sebarang ketetapan itu perlu dibuat berdasarkan keputusan dicapai gabungan berkenaan secara kolektif.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup dilihat tiba di Ibu Pejabat UMNO bagi menyertai mesyuarat berkenaan.

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda di Istana Negara, jam 10.30 pagi esok.

Semua Ahli Parlimen BN itu dititahkan mengadap Agong secara berasingan bagi menyatakan sokongan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat