Zahid, Tok Mat, Zambry tiba di Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tepat jam 10.44 pagi Rabu, kelihatan kenderaan yang membawa Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir masuk beiringan di Pintu 2 Istana Negara.

Terdahulu, beberapa minit sebelum itu kenderaan yang membawa Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan masuk ke Istana Negara.

Sebelum itu, hadir lebih awal Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap secara individu di Istana Negara, di sini, 10.30 pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, proses ini bertujuan agar Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat