FFJ2020 tunda tahun depan

- Advertisement -

FESTIVAL Filem Jepun 2020 (FFJ2020) yang dijadualkan berlangsung November ini ditunda ke Januari tahun depan dan akan dikenali sebagai JFF 2020 Plus One.

Penganjur, Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) bersama Golden Screen Cinemas (GSC) membuat keputusan itu selepas melihat keadaan semasa pandemik Covid-19 yang menunjukkan kenaikan jumlah jangkitan baru.

Itu juga menjadi inisiatif mereka selaku penganjur untuk membantu menghentikan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, kehangatan FFJ akan terus diserikan dengan beberapa siri tayangan sehingga menjelangnya hari kemuncak JFF 2020 Plus One.

Pada masa sama, akan turut berlangsung JFF Plus Online Festival dan dijadualkan berlangsung bermula 20 hingga 29 November ini membawakan pelbagai filem yang boleh ditonton terus dari rumah.

Pada masa sama, turut dibuka adalah laman khas JFF Remote Films yang disertakan dalam laman web JFF 2020 Plus One bagi memperkenalkan dua filem yang dihasilkan ketika tempoh ‘lockdown’ arahan Yukisada Isao.

 

JFF 2020 Plus One bakal menyaksikan beberapa judul hebat filem dari Jepun antaranya Masquerade Hotel, Dance With Me, filem animasi Hello World dan banyak lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat