Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate

- Advertisement -

Peminat Minions, kami ada berita baik untuk anda.

Jika anda nak tahu, Walls Paddle Pop baru-baru ini telah melancarkan perisa ais krim terbaru mereka iaitu Paddle Pop Minions Caramel and Chocolate!

Screenshot-2020-09-21-at-2.12.25-PM-e1600668806507-630×395

 

Didatangkan dengan rasa lemak manis karamel yang digabungkan dengan coklat, ais krim ini sangat enak untuk dinikmati terutama dengan cuaca panas ketika ini.

Bukan sahaja enak dan berkrim, ais krim yang menyerupai bentuk karakter Minions ini juga kelihatan sangat comel dan membuatkan kami tidak sabar untuk merasakan keenakannya.

Jadi, bersempena dengan pelancaran ais krim Paddle Pop Minions Caramel and Chocolate terbaru ini, berikut kami kongsikan beberapa perkara yang pastinya diketahui oleh peminat-peminat Minions ini!

Reaksi anda bila tahu ada produk terbaru dari Minions..

20dc

Semua makanan macam Minions anda nak cuba!

119177910_2055081107956114_35468259681366612_o

SUMBER GAMBAR: CEMPEDAK CHEESE

Siapa saja yang tak geram dan teringin untuk cuba bila nampak ada makanan yang kelihatan seperti Minions, macam ais krim Paddle Pop Minions Chocolate and Caramel yang comel tu? Menang insta-worthy betul!

Berulang-ulang nyanyi lagu Minions!

9638

Rasanya bukan hanya peminat Minions yang tahu dengan lagu ni. Sampai viral lah lagu ni. Dari kanak-kanak sampai ke dewasa, boleh kata ramai yang obses dengan lagu ni sampai ada yang hafal walaupun tak faham lirik!

Parti dan kek harijadi mestilah bertemakan Minions!

Despicable-Me-Minion-Birthday-Party

SUMBER GAMBAR: POPSUGAR

Bila dah minat sangat dengan Minions, mestilah semuanya bertemakan Minions kan. Sampaikan dari dekorasi parti, kostum, kek dan cupcakes, semualah Minions!

Sanggup beratur panjang untuk dapatkan merchandise Minions!

1eaa

SUMBER GAMBAR: SAYS.COM

Setiap kali filem Despicable Me terbaru atau Minions akan ditayangkan, pawagam, restoran makanan segera dan kedai-kedai mesti akan keluarkan barangan ekslusif untuk peminat setianya.

Masa tu, memang kita tengok ramailah yang beratur semata-mata nak jadi antara yang terawal untuk dapatkan merchandise dari Minions ni.

Cawan, mainan, botol air, baju, key-chain, boleh kata semualah Minions!

Kadang-kadang tu, bukan anak-anak yang nak, tapi mak ayah pulak yang lebih-lebih. LOL!

Nak menang merchandise CHOMEL Minions?

DSC00170

Mulai sekarang hingga 30 November 2020, anda berpeluang untuk memenangi merchandise CHOMEL Minions dengan mencuba filter ais krim Minions baru Paddle Pop di Instagram. Bestnya!

Antara hadiah yang anda boleh menangi:

1. Hadiah Utama: 50x Speaker Bluetooth Mudah Alih Minions

DSC00017 DSC09986

2. 100x Set Lego Minions

546572-Primary-1200Wx1200H

Bagaimana untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik ini?

1. Beli 1 ais krim Minions baru
2.Follow Paddle Pop MY di Instagram dan dapatkan story filter di sini.
3. Ambil gambar atau video yang chomel sambil memegang ais krim Minions baru.
4. Jangan lupa untuk sertakan kapsyen yang menyeronokkan dan menarik.
5. Tag “PaddlePopMalaysia” dan hashtag #PaddlePopMY serta #tastethechomel
6. Instagram Story yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang!

Jomlah sertai sekarang! Siapa tahu mungkin anda akan menjadi salah seorang daripada 150 pemenang bertuah!

Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

 

Apa tunggu lagi, jom dapatkan Paddle Pop Caramel & Chocolate hari ini juga. Memang yums!

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat