Aaron berang blog jaja cerita palsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Aaron Aziz berang dengan tindakan sebuah blog yang didakwa memaparkan tajuk sensasi berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai fitnah dan cuba memecah-belahkan keluarga.

Melalui video pendek yang dikongsi di Facebook (FB), pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini memberi amaran kepada blog terbabit agar memadam berita berkenaan dalam tempoh tiga jam sebelum berdepan tindakan undang-undang.

“Assalamualaikum semua. Hendak bagi tahu blog ini, engkau kalau nak buat berita pasal aku, famili aku, jangan buat tajuk fitnah. Sekarang aku bagi engkau amaran, turunkan segera video atau hantaran itu sekarang. Jangan buat kelakar setakat hendak bagi orang baca blog bodoh engkau.

 

Aaron berang sebuah blog memaparkan tajuk yang didakwa mengaibkan dirinya dan keluarga. Foto IG Aaron Aziz
Aaron berang sebuah blog memaparkan tajuk yang didakwa mengaibkan dirinya dan keluarga. Foto IG Aaron Aziz

 

“Saya bagi amaran, saya bagi tiga jam, jika tak turunkan juga hantaran itu, saya akan buat laporan polis. Tengoklah apa yang akan terjadi,” kata Aaron menerusi video durasi 41 saat itu.

Terdahulu, pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak dua kali itu turut berkongsi tangkap layar berita yang dimuat naik blog terbabit memaparkan tajuk yang boleh mengundang persoalan berkaitan kebahagiaan rumah tangganya.

Sementara itu, pada bahagian komen, rata-rata peminat pelakon itu marah dan menyokong Aaron untuk mengambil tindakan terhadap blog terbabit.

Semakan BH Online mendapati berita itu sudah pun dipadamkan blog berkenaan sejurus selepas amaran dikeluarkan Aaron.

Aaron turut memuat naik sebuah lagi video yang memaparkan dia antara lain memberi nasihat agar perkara yang berlaku dijadikan pengajaran.

“Lain kali, jangan buat blog bodoh, tajuk bodoh yang boleh mendatangkan fitnah. Buat apa nak mulakan sesuatu yang boleh mengaibkan dan memfitnah orang?

“Buat benda dalam dunia ini, mulakan niat yang bagus. Terima kasih kerana padam berita bodoh itu,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat