Tiada jerebu di Lembah Klang hari ini

KUALA LUMPUR – Lembah Klang bebas jerebu hari ini selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak merekodkan bacaan ‘Tidak Sihat’ di mana-mana kawasan.

Menurut maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) pada pukul 8 pagi tadi, kebanyakan kawasan di Petaling Jaya, Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Cheras merekodkan bacaan ‘Sederhana’.

APIM merekodkan ada 13 kawasan dengan bacaan IPU ‘Tidak Sihat’ di Sarawak.

Sri Aman merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182, diikuti IPD Serian (177), Sibu (174), Kuching (173), Sarikei (169), Bintulu (168) dan Samarahan (167).

Mukah pula merekodkan bacaan 162, manakala Samalaju (158), Miri (157), ILP Miri (155), Limbang (152) dan Kapit (107).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memberi kesan kepada kesihatan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat