Luar tuduh Anwar pro Hamas, dalam tuduh pro Israel semua itu fitnah jatuhkan maruah PM di mata dunia

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mengecam sekeras-kerasnya dua tuduhan liar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia yang timbul baru baru ini.

Dakwaan seorang bekas pegawai Amerika Syarikat (AS) kononnya Malaysia menjadi pusat operasi Hamas, serta fitnah pembangkang pada Oktober 2024 lalu kononnya Perdana Menteri Malaysia pro-Israel.

Justeru kata Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar, kedua-dua tuduhan ini jelas menunjukkan wujud pakatan fitnah asing dan dalaman yang berkongsi niat jahat untuk menjatuhkan maruah Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia serta menggugat kestabilan politik Malaysia.

“Luar tuduh Malaysia pro Hamas, dalam tuduh PMX pro Israel.

“Hakikatnya, dua dua adalah fitnah, satu agenda bersama mahu menjatuhkan Malaysia,” bidas Mahfuz.

Selain itu kata beliau, agenda fitnah ini mengalihkan perhatian rakyat daripada dasar kerajaan yang membela mereka.

“Fitnah dari luar yang di lakukan oleh Bekas Pegawai Amerika Syarikat Jonothan Schanzer kononnya Malaysia sebagai pusat operasi Hamas adalah tohmahan jahat selepas Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim dengan lantang mengecam Israel dan menyeru dunia memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel semasa berucap di sidang kemuncak khas Arab – Islam di Doha Qatar.

“Malaysia tegas menentang keganasan namun tetap tidak berganjak daripada prinsip keadilan dan kemanusiaan membela Palestin.

“Manakala fitnah dari dalam negara pula di lakukan oleh Pembangkang yang mendakwa kononnya PMX pro-Israel adalah pembohongan jijik yang bertujuan menanam kebencian dan kemarahan rakyat kepada PMX dan menjatuhkan kerajaan semata-mata,” katanya.

Sedangkan dasar Malaysia jelas iaitu tidak pernah mengiktiraf Israel, tegas mengutuk kezaliman Zionis, dan sentiasa berdiri teguh bersama Palestin, tegas Mahfuz.

Menurut beliau, tuduhan ini hanyalah modal politik kotor untuk menipu rakyat.

“Hakikatnya pembangkang adalah agen asing

“Hakikatnya, sama ada suara asing mahupun pembangkang tempatan yang bertindak sebagai agen asing, mereka sedang bersekongkol dalam menjayakan naratif fitnah yang sama untuk melemahkan kepimpinan PMX dan menjerumuskan Malaysia ke dalam kekacauan.

“Rakyat perlu bijak menolak propaganda jahat ini.Malaysia tidak akan tunduk pada fitnah, ugutan, atau percubaan merosakkan kedaulatan negara.

“Doakan kejayaan misi kemanusian Global Sumud Flotilla untuk memecah kepongan Israel bagi menyempurnakan penghantaran makanan dan ubatan” Malaysia tetap teguh, PMX tetap berdiri. Fitnah akan rebah,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat