Program WoRLD Perkasa Kepimpinan Wanita Umno – Mastura

- Advertisement -

SEPANG – Bertemakan mengarus perdanakan perjuangan dan kepimpinan wanita, Sekretariat Profesional Wanita Umno Malaysia telah menganjurkan program ‘Women Re-Energize Leadership Development (WoRLD) bermula 23 hingga 25 September ini.

Pengerusi Sekretariat Profesional Wanita UMNO, Datuk Mastura Yazid berkata, bakal-bakal pemimpin yang akan dihasilkan perlu sentiasa mempersiapsiagakan diri dengan memenuhi kreteria dalam bidang yang berkaitan bagi menerajui negara pada masa akan datang.

“Sekretariat rasa bertanggugjawab untuk WoRLD direalisasikan pada hari ini kerana kita memerlukan latihan bagi wanita bersiap siaga bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

“Maka, hari ini idea ini menjadi realiti. Saya merasa begitu bangga dengan komitmen kehadiran 120 peserta perwakilan Wanita UMNO yang datang dengan semangat yang berkobar-kobar, dengan misi dan visi yang lebih fokus – Demi Memperkasa Kepimpinan Wanita UMNO Malaysia,” katanya ketika berucap di program WoRLD di sini hari ini.

Beliau berkata objektik program ini diadakan adalah bagi menyediakan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin yang kompeten serta berkebolehan.

Dalam pada itu, Mastura turut melahirkan rasa syukur beliau di atas pelaksanaan program WoRLD yang dilihat berjaya menaikkan semangat Wanita Umno di peringkat akar umbi.

“ Walaupun pembabitan wanita dalam politik masih di kadar yang rendah, bertitik tolak dari program WoRLD ini kita akan hasilkan lebih ramai pemimpin wanita yang bersedia untuk dilantik sebagai ketua kepada apa apa GLC, atau senator atau apa saja institusi. Insyallah.

“Wanita sebenarnya sudah terbukti memberi sumbangan yang penting baik kepada pembangunan bangsa dan negara baik dari aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan politik,”katanya.

Program ‘Re-Energize Women Leadership Development’ atau WoRLD diadakan di Movenpick Convention Centre, Sepang bermula hari ini dengan penyertaan seramai 120 orang peserta.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan turut dihadiri oleh Ketua Wanita Umno yang juga Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Noraini Ahmad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat