Pengiktirafan Wajar Diberi Kepada Wanita Untuk Jadi Calon Pilihanraya – Zambry

- Advertisement -

SEPANG – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pengiktirafan serta keutamaan perlu diberikan kepada wanita untuk menjadi wakil rakyat serta calon dalam pilihanraya.

Jelasnya lebih ramai wanita perlu mencungkil potensi diri untuk menjadi pemimpin dalam memacu Malaysia menjadi negara yang unggul.

“Wanita mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka. Dalam dunia ini kita bukan hanya ada satu kaum sahaja. Kita ada Wanita dan lelaki dan sewajarnya pengiktirafan wajar diberi kepada mereka untuk menjadi wakil rakyat dan calon pilihanraya.

“Dari segi agihan yang perlu dilihat semula, saya sebagai setiausaha agung pastinya saya akan bawa perkara ini di peringkat tertinggi supaya dalam proses pemilihan calon calon ini tidak lupa hak Wanita diberikan sewajarnya kepada mereka,” katanya selepas perasmian program ‘Re-Energize Women Leadership Development’ di sini hari ini.

Hadir merasmikan program ‘Re-Energize Women Leadership Development’ (WoRLD), beliau berkata program seperti ini wajar diadakan kerana ia mampu meningkatkan keyakinan bakal pemimpin wanita yang akan menjadi tonggak kepada parti Umno.

“Perkembangan dunia hari ini Wanita bukan hanya dilihat sebagai surirumah, tetapi mereka telah menunjukkan kepimpinan mereka bukan hanya dalam bidang tertentu, tetapi juga dalam bidang politik. Kita telah melahirkan banyak pemimpin.

“Ini merupakan satu program yang sangat baik apabila dapat mengumpulkan bakal bakal pemimpin yang mempunyai potensi dalam kepimpinan, dan mereka dapat duduk bersama bukan hanya isu kepimpinan bahkan proses pembentukan nilai nilai kepimpinan yang ada,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat