Kadar Bantuan Wang Ihsan NADMA Untuk Mangsa Banjir Dinaikkan Kepada RM1,000 – Mastura

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bantuan Wang Ihsan mangsa banjir berjumlah RM500 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diberikan kepada ketua isi rumah terjejas kini dinaikkan kepada RM1,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata kenaikan kadar bantuan itu susulan keputusan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 September lalu.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan nasib yang melanda mangsa-mangsa banjir dan rasa tanggungjawab itu ditunjukkan dengan memberikan peruntukan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas.

“Sejak tahun 2016 hingga 2020, sebanyak RM14.7 juta telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bantuan wang ihsan kepada mangsa bencana. Manakala, sebanyak RM214 ribu telah diperuntukkan pada tahun 2021.

“YAB Perdana Menteri pada 13 September 2021 telah bersetuju menaikkan kadar bantuan wang ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000.00 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas dengan bencana,” ujarnya semas sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, semua permohonan Bantuan Wang Ihsan perlu mendapat pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah kemudiannya akan mengangkat permohonan cadangan Bantuan WangMuka Surat 11 Dari 44 Ihsan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan meneliti dan menyelaras semua permohonan Bantuan Wang Ihsan daripada Pengurusan Bencana Daerah dan
mengemukakan permohonan peruntukan untuk pertimbangan dan kelulusan NADMA,” ujarnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat