Kerajaan tak pilih bulu, Sinovac mampu selamatkan pesakit pada kategori 5 – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Vaksin Sinovac mempunyai tahap keberkesanan 100 peratus menyelamatkan pesakit COVID-19 pada kategori 5,” jelas Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu memberitahu bahawa vaksin jenama Sinovac itu mampu melindungi pesakit daripada menjadi kritikal akibat jangkitan COVID-19.

“Saya nak beritahu YB Jelutong bahawa Sinovac boleh mencegah 100 peratus untuk pesakit kategori 5.

“Memang betul Pfizer boleh cegah jangkitan lebih 90 peratus tapi Sinovac juga mampu melindungi pesakit daripada berdepan saat getir.

“Maknanya kita akan dapat perlindungan yang tinggi daripada jangkitan COVID-19,” tegas Adham.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mendakwa kerajaan ‘pilih bulu’ dalam agihan jenama vaksin kepada rakyat.

Adham menegaskan bahawa, penerima vaksin Sinovac jika dijangkiti virus COVID-19 ia cuma pada tahap yang rendah.

“Kalau kena COVID-19 pun cuma kategori 1,2 saja,” ujar Adham.

Pun begitu, beliau turut memaklumkan bahawa semua kanak-kanak dan remaja di negara ini akan menerima vaksi Pfizer kerana ia didapati berkesan kepada golongan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat