Gesaan agar Azam Baki digantung tidak rasional, bersifat prejudis dan dendam

- Advertisement -

Cadangan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki direhatkan sementara waktu sementara siasatan terhadap tiga pegawai kanannya dijalankan adalah tidak rasional, bersifat prejudis dan dendam lama.

Walaupun kenyataan yang ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Madius Tangau itu tampak prihatin kepada integriti SPRM, namun ia tidak ubah seperti telunjuk lurus kelinging berkait.

Pimpinan PH tampak berdendam dengan Azam Baki kerana beliau sebahagian daripada pasukan SPRM yang menyiasat kes rasuah Lim Guan Eng sebelum pilihan raya umum 2018 lalu.Prejudis dan dendam ini nyata sekali apabila mereka mengenepikan Azam Baki sebanyak dua kali dari kenaikan pangkat selepas memenangi PRU-14.

Pada Mei 2018, Azam sebagai orang nombor dua SPRM sepatutnya dilantik sebagai Ketua Persuruhjaya apabila Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan. Bagaimanapun Kerajaan PH tidak menghormati kedudukan SPRM sebagai satu Suruhanjaya apabila melantik Mohd Shukri Abdul sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Apabila Shukri mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan PH dan meletak jawatan pada Mei 2019, PH sekali lagi mengenepikan Azam dan melantik peguam pro PKR merangkap Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru.

Dalam kedua-dua pelantikan tersebut, walaupun Azam diketepikan dari kenaikan pangkat yang sepatutnya menjadi hak beliau, kerajaan PH terus mengekalkannya sebagai orang nombor dua SPRM. Selama 22 bulan mereka mencari kesalahan Azam namun tiada sebarang asas untuk memecat atau memindahkan beliau.

Mengambil kira usaha PH untuk mengenepikan Azam semasa 22 bulan pentadbiran mereka, jelas soal integriti dan kebebasan SPRM bukan agenda mereka pun. Jika mereka mahu menjaga integriti SPRM suah tentu tiada lantikan bersifat politik dari luar SPRM dilakukan.

Kes kehilangan sebahagian daripada AS$6 juta (RM25 juta) yang dirampas SPRM daripada bekas Ketua Pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid hanyalah alat untuk menjatuhkan Azam Baki.

Berdasarkan kronologi kes ini, merit dan integriti Azam tidak seharusnya menjadi persoalan dan pertikaian. Sebaik sahaja mendapat laporan kehilangan wangn tersebut, SPRM di bawah pimpinan Azam terus melakukan siasatan dan mendapatkan tahanan reman ke atas para pegawai yang disyaki terbabit. Ini sebelum kes tersebut menjadi pengetahuan umum pun.

Malahan dengan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar pihak Polis akan menyiasat kes ini maka tiada sebab langsung untuk Azam digantung tugas. Dalam pasukan penguatkuasa lain seperti Polis pun kita tidak menggantung jawatan Ketua Polis Negara kerana sikap rakus dan korupsi pegawai kanan beliau.

Hanya jika ada bukti ketua sesebuah organisasi cuba menutup siasatan penyelewengan barulah beliau wajar digantung tugas. Adalah tidak masuk akal untuk PH cuba menyerang Azam Baki kerana kesalahan orang lain, apatah lagi sudah jelas Azam sendiri tidak melindungi sesiapa dan membuat siasatan ‘keras’ termasuk menahan reman pegawainya.

Saranan PH bukanlah bersifat mahu memperbaiki keroskan tetapi lebih kepada sikap tikus yang kononnya mahu membaiki labu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat