10,214 sekolah akan dilengkapi capaian jalur lebar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan capaian jalur lebar Internet dengan kelajuan 30Mbps hingga 100Mbps untuk 10,214 sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ini termasuk 141 sekolah pedalaman yang telah dibekalkan dengan talian Very Small Aperture Terminal (VSAT) berkelajuan 30Mbps bermula Mac 2021.

“Dalam usaha untuk memastikan capaian Internet di sekolah KPM terus dipertingkatkan, KPM sedang bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti pendekatan terbaik.

“Ini termasuklah penyediaan rangkaian bersepadu KPM yang berlandaskan tiga (3) prinsip utama iaitu bersesuaian dengan tujuan (fit for purpose), kekal relevan pada masa hadapan (future proof) dan penyelesaian yang holistik (holistic solution),” ujar Radzi menjawab soalan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Kata beliau, rangkaian bersepadu KPM ini dijangka dapat mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2022.

“Perancangan ini adalah seiring dengan usaha Kerajaan untuk memastikan pembelajaran berteraskan teknologi dapat disediakan dalam pembangunan generasi pewaris negara yang berupaya mendepani revolusi perindustrian 4.0 (IR4.0),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat