KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat tindakan tepat apabila mencantas parasit yang memakan pohon Umno sedangkan mereka sebelum ini menjadi payung mereka mengecap segala nikmat daripada parti itu.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, Presiden Umno bertindak tepat apabila memecat dan membersihkan semua pemain
yang dilihat menjual permainan.
“Yakinlah bahawa Datuk Seri Presiden (Zahid) membuat keputusan yang tepat sebelum ini dengan mencantas parasit yang memakan pohon Umno yang besar dan
rendang ini, kita semua menjadi saksi di PRK Nenggiri mereka ini tanpa segan silu mencerca Umno yang pernah menjadi payung mereka mengecap segala
macam nikmat, jika diibarat sebuah pasukan bola sepak.
“Presiden membuat tindakan yang tepat apabila memecat dan membersihkan semua pemain yang dilihat menjual permainan, barulah pasukan boleh maju dan bergerak ke depan,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024, pada Jumaat.
Adun Nenggiri itu juga berkata, tanpa mahu mendabik dada atau bangga diri, beliau meminta semua melihat kemenangan ini sebagai satu perkara yang perlu
direnung dan bermuhasabah.
Hal ini kerana kata Azmawi untuk terus mengekalkan momentum yang diperolehi ini bukanlah sesuatu yang mudah.
“Janganlah kita mengherdik lawan secara berlebihan.Sebaliknya kita sama-sama perkuatkan parti kita, bawa politik kebajikan, bawa politikN idea bentangkan kepada rakyat Insya-Allah rakyat bersama kita,” katanya.
Azmawi juga menghadiahkan kejayaannya di Nenggiri kepada Zahid dan juga Datuk Seri Najib Razak.
“Saya hadiahkan Kejayaan ini kepada Datuk Seri Presiden dan Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga berterima kasih kepada anaknda Bossku Datuk Mohd
Nizar, Datuk Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa yang banyak membantu saya serta jentera Barisan Nasional (BN) di PRK Nenggiri.
“Alangkah serinya perhimpunan agung ini sekiranya sosok tubuh itu (Najib) berada bersama kita pada hari ini, saya hanyalah sebagai simbol parti dalam kejayaan kita di Nenggiri, dan kejayaan ini bukan kejayaan saya tetapi kejayaan kita semua.
“Ini kejayaan parti keramat Umno, dan sewajarnya didalam memperkasakan institusi Presiden,” katanya.