Pemuda UMNO Kedah gesa jawatan Timbalan Pengerusi MTPN dilantik segera

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Kedah mengingatkan sehingga hari ini jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) masih belum diisi lagi.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Mohd Shafarol Wahid Mat Saad berkata, pelantikan jawatan ini perlu disegerakan dan semestinya diisi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato Seri Diraja Mahdzir Khalid, orang yang paling tepat untuk menggalasnya.

Pelantikan ini sudah pastinya akan memudahkan urusan pentadbiran MTPN untuk menyelesaikan isu rakyat dan hala tuju yang selari dengan kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, mengeratkan hubungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH), diperkukuhkan lagi atas toleransi pentadbiran Persekutuan di peringkat negeri.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Khamis.

“Pemuda Kedah juga menyarankan agar ditubuhkan semula Pejabat Pembangunan Daerah, Penyelia Mukim dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bagi memastikan urusan pentadbiran komuniti di peringkat bawah dapat diselaraskan dengan berkesan.

“UMNO Kedah memerlukan sebuah platform yang menjadi punca kuasa kepada kepimpinan diperingkat negeri bagi mengerakkan agensi-agensi persekutuan.

“Ianya bagi memastikan dan akan memudahkan usaha menyelaras gerak kerja dan sumber supaya dapat disampaikan secara optimum kepada rakyat, ”katanya.

“Pemuda Kedah mencadangkan gabungan BN dan PH di Kedah haruslah diperkukuhkan dan perlu diselaraskan supaya lebih teratur dan dapat memberi kesan yang lebih jitu.

“Tiada curiga mencurigai, bergerak sederap dan sentiasa bersama dan perlu mempunyai sebuah naratif tunggal untuk dimainkan sebagai ‘counter neratif’ kepada propaganda yang dimainkan oleh PAS dan Perikanan Nasional (PN), ”katanya lagi.

Beliau dalam masa sama turut mencadangkan supaya resepi kemenangan di Nenggiri diadaptasikan dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Negeri (PRN) kelak.

“Pucuk pimpinan haruslah menetapkan dan mengenal pasti kerusi yang bakal ditandingi dan yang amat penting, calon yang bakal dipilih mestilah diumumkan lebih awal.

“Ianya memudahkan gerak kerja dijalankan dan menegah cah keting, boikot dalaman dan mudah memujuk pemimpin lain yang tidak terpilih,”ujarnya.

“Pemuda UMNO adalah parti di dalam parti yang membawa suara rakyat, semestinya menjadi penghubung untuk membawa suara rakyat.

“Meskipun ada beberapa perkara yang menongkah arus parti namun bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan membuktikan kepada rakyat bahawa parti ini dulu, kini dan selamanya adalah parti yang menjadi jurucakap rakyat,”ujarnya lagi.

“Walau lantang bersuara, tegas dengan pendirian tetapi jangan kita lupa akan ketaatan dan kesetiaan kepada pimpinan parti, institusi Presiden yang menjadi tonggak kepada perjuangan parti ini akan terus dipertahankan.

“Walau apa juga rintangan dan badai menimpa, Pemuda Kedah dengan lantang menyatakan kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO yang menjadi watak utama dalam mencorak halatuju parti.

“Harus diingat, sesiapa sahaja yang menjadi nakhoda UMNO pasti akan diserang segenap penjuru, dihina, dihamun, difitnah dan menjadi tugas Pemuda sebagai tonggak untuk mempertahankannya,”tambahnya.

“Jangan gentar menghadapi cabaran zaman, perteguhkan pendirian, perkukuhkanlah tekad dan pertingkatkanlah kebijakasanaan kita.

“Marilah kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh lawan, serta bersama-sama mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara, ”tambahnya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat