HONOR sekali lagi mencipta sejarah dengan mempamerkan kehebatan teknologi mereka menerusi HONOR Magic V3, telefon pintar lipat yang paling ringan di pasaran. Dalam satu acara yang penuh debaran, HONOR telah bekerjasama dengan legenda susunan kad, Bryan Berg, untuk membina rumah kad tertinggi di dunia tanpa menggunakan gam.
Acara tersebut, yang berlangsung selama lapan jam dan disiarkan secara langsung di platform YouTube dan X HONOR Global semalam, menyaksikan Bryan Berg berjaya membina struktur kad setinggi 54 tingkat. Lebih mengagumkan, HONOR Magic V3 yang seberat hanya 226g diletakkan di puncak struktur tersebut, membuktikan keajaiban ringan dan kestabilan rekaannya.
Cabaran ini merupakan sebahagian daripada usaha HONOR untuk menunjukkan kehebatan teknologi dan inovasi dalam produk mereka. Kejayaan ini juga menyaksikan HONOR Magic V3 sebagai telefon pintar lipat yang diiktiraf bukan sahaja untuk reka bentuknya yang elegan dan ringan, tetapi juga untuk ketahanannya.
Dengan kejayaan ini, HONOR terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam industri teknologi, menawarkan produk yang menggabungkan inovasi, gaya, dan kepraktisan. HONOR Magic V3 kini menjadi simbol kehebatan teknologi dan daya tahan, sekaligus menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.