“Ada beberapa babak yang mencabar”, Lah Ahmad ajak peminat tonton ‘One Million Dollar Voice’

- Advertisement -

Buat julung kalinya, Astro memaparkan drama bersiri di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian.

Dengan pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan rancangan-rancangan realiti nyanyian popular, Astro kini menyingkap kisah-kisah yang berlaku di sebalik pembikinannya.

Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan para penonton dan peminat drama.

‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya watak Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad, dimana mengisahkan Joe perlu melalui kesulitan hidup melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Untuk mengetahui lebih lanjut kita ikuti wawancara eksklusif bersama pelakon ‘One Million Dollar Voice’ iaitu Lah Ahmad.

Soalan : Melihatkan penerimaan khalayak ketika konsert Ruffedge semasa kemunculan Lah, apa yang muncul di fikiran Lah dan bagaimana perasaan melihatkan reaksi peminat?

Lah Ahmad : Alhamdulillah syukur. Tak sangka akan sampai macam tu. Muncul di fikiran waktu tu peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu saya. Seumpama sebuah keluarga yang besar.

Soalan : Akan muncul dalam drama One Million Dollar Voice pula, menyanyi dan berlakon, apa yang Lah harapkan untuk kemunculan kali ini sebagai Joe?

Lah Ahmad : Semoga saya dapat memberi yang terbaik dan semoga usaha kita diterima oleh semua golongan masyarakat.

Soalan : Cabaran melakonkan watak Joe?

Lah Ahmad : Ada beberapa babak yang mencabar akal dan tindak laku tapi kita faham ianya agar menjayakan watak Joe dalam kisah ceritanya.

Soalan : Susah tak berlakon dalam menyanyi?

Lah Ahmad : Alhamdulillah, ada yang mencabar tapi saya anggap sebagai cabaran yang positif.

Soalan : Kenapa penonton kena tengok drama ini?

Lah Ahmad : Drama ini lain dari yang lain. Memaparkan ramai pelakon dan backstory watak semua nak mendapatkan One Million Dollars.

Soalan : Akan ada kolaborasi kah dengan Ruffedge utk projek mendatang?

Lah Ahmad : Alhamdulillah saya dan RE baru sahaja releasekan lagu judul PUTUS dan inshaAllah ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan sangat positif bila bersama

Untuk makluman, drama bersiri ‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat dan popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.

Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.

‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat