TMJ akan jumpa guru tolak vaksin di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dijangka akan bertemu Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang dikatakan menolak menerima vaksin COVID-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda semalam bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Terdahulu, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri itu menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat