Stabilkan Politik Negara, Tarik Pelabur Gesa Annuar Musa Kepada Kerajaan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berharap agar kerajaan Perdana Menteri ke-9 dapat menstabilkan keadaan politik negara agar para pelabur asing melabur agar ekonomi negara dapat tumbuh dengan baik kembali.

Jelas Annuar, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berani mengambil beberapa langkah di luar kotak dengan memudahkan urusan pelaburan dan perniagaan.

Katanya lagi, memberi inisiatif terbaik kepada sektor perniagaan dengan memudahkan carakan karenah birokrasi yang menyulitkan para peniaga, pelabur, pemaju dan sebagainya.

“Usaha yang khusus bagi membentuk suasana kondusif serta mesra perniagaan perlu di ujudkan.

“Peluang pekerjaan perlu di ujudkan agar anak muda dapat segera masuk ke sektor produktif dengan memberi ruang penglibatan anak muda dan wanita perlu segera di beri keutamaan.

“Satu aspek penting yang perlu di jayakan ialah MUAFAKAT KERAJAAN-PEMBANGKANG secara formal serta melaksanakan satu TRANSFORMASI pentadbiran yang bermakna.” kata Annuar melalui Facebooknya.

Dalam pada itu, dalam menjayakan Muafakat Kerajaan-Pembangkang ini, beliau percaya Perdana Menteri akan menjemput Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakannya.

“Parti parti politik pembangkang boleh memulakan budaya “healthy and positive engagement “dan menukar budaya membangkang dengan cara yg tidak konstruktif.
Apapun kata orang, “it takes two to tango..” Ini bermakna budaya politik parti pemerintah juga perlu turut berubah.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat