Kim Kardashian tetap sokong Kanye West

- Advertisement -

Los Angeles: Walaupun sudah bercerai, personaliti TV, Kim Kardashian, 40, terus memberi sokongan padu terhadap kerjaya muzik bekas suaminya, Kanye West, 44.

Baru-baru ini, Kardashian menerusi Instagram berkongsi dia mendengar album terbaru penyanyi rap itu yang berjudul Donda ketika sedang memandu.

Empat lagu dengan menggunakan judul Donda MIX TEST dimainkan dalam paparan skrin media dalam kenderaannya itu.

Ia sekali gus memberi bayangan bagaimana corak lagu terbaru West akan datang.

Perkongsian itu menyusul selepas mereka dilihat kembali bertemu untuk makan tengah hari bersama di Malibu beberapa hari sebelumnya.

Mereka turut dilihat menaiki kenderaan sama ke restoran Nobu ketika itu.

Julai lalu, West mengadakan mengadakan acara pra-dengar album akan datangnya itu. Ia cuma dihadiri jemputan khas dan mereka dilarang membuat rakaman sewaktu acara berlangsung.

Selain menyentuh mengenai perkahwinannya, West turut bercerita kisah dia dijatuhkan di Twitter dalam album terbabit. Tidak ketinggalan, kegagalannya dalam persaingan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Pada Februari lalu, pasangan terbabit akhirnya bercerai susulan khabar angin mereka sudah berpisah sejak beberapa bulan sebelumnya.

Kardashian dan West mula bercinta pada 2012 dan bertunang pada 2013. Mereka berkahwin pada 2014 di Itali selepas kelahiran anak sulung, North.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat