China Dijangka Capai Imuniti Kelompok Menjelang Hujung Tahun Ini

- Advertisement -

BEIJING: China dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini apabila lebih 80 peratus populasinya lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, kata pakar epidemiologi, Zhong Nanshan.

Beliau berkata, dapatan kajian ke atas kluster baharu di Guangzhou pada Mei menunjukkan, vaksin mampu memberikan perlindungan sebanyak 60 peratus terhadap varian Delta, manakala 100 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan yang teruk.

Katanya, tahap antibodi akan meningkat lebih sepuluh kali ganda apabila dos ketiga diberikan selepas enam bulan menerima dos kedua.

Beliau yang juga ahli Akademi Kejuruteraan China itu dijemput berkongsi hasil penyelidikannya mengenai vaksin pada satu seminar kesihatan secara maya, sempena Ekspo China-Negara Arab kelima di wilayah Ningxia, pada Jumaat.

Zhong turut menyentuh mengenai pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac, yang terkandung dalam jurnal The New England Journal of Medicine (NEJM) diterbitkan pada Julai.

Data diperoleh daripada sepuluh juta warga Chile berusia 16 tahun ke atas yang lengkap divaksin menunjukkan, Sinovac dapat mengurangkan 65.9 peratus jangkitan COVID-19, menurunkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) (90 peratus) dan mengurangkan risiko kematian (86 peratus).

Selain itu, menurut kajian diterbitkan dalam jurnal The Lancet, Sinovac yang digunakan di Turki mampu memberikan perlindungan sebanyak 83.5 peratus, dan tiada sebarang kesan sampingan serius atau kes kematian membabitkan suntikan vaksin berkenaan dilaporkan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat