Manchester United Merintih Tercicir Mata

- Advertisement -

SOUTHAMPTON 1 MAN UTD 1

Mason Greenwood berasakan gol Southampton tidak seharusnya diiktiraf selepas Manchester United hanya mampu seri 1-1 di St Mary’s.

The Saints memimpin perlawanan itu sebentar tadi berikutan jaringan sendiri Fred selepas rembatan Che Adams terpesong daripada pemain tengah tersebut sebelum menerjah ke sudut gawang selepas setengah jam permainan.

Greenwood kemudian menyamakan kedudukan menerusi gol keduanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, namun The Red Devils buntu untuk mencipta kemenangan.

Bruno Fernandes jelas berang apabila tidak diberikan sepakan percuma atas kekasaran Jack Stephens sebelum jaringan pembukaan tuan rumah itu tetapi pengadil, Craig Pawson, dan video bantuan pengadil (VAR) tidak menyebelahi mereka.

Greenwood berasakan United telah berdepan satu keputusan yang tidak adil.

Penyerang itu memberitahu BBC’s Match of the Day: “Saya rasa terjahan itu datang dari belakangnya. Saya fikir ia adalah pelanggaran tetapi keputusan terletak di tangan pengadil dan kami sukar menerimanya.

“Saya faham ia akan mengundang pihak lawan untuk melakukan lebih banyak terjahan sepanjang permainan ini dan ia merupakan sesuatu yang menarik, tetapi jika kekasaran berlaku maka ia tetap satu kekasaran.”

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat