KUALA LUMPUR -Meskipun menjadi anak Presiden Umno dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tidak berhasrat bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Exco Wanita Umno itu sebaliknya menyatakan hasrat untuk menaikkan majoriti parti yang diterajui bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“(Untuk jadi ahli Parlimen atau Adun) bukan untuk tempoh masa terdekat ini.
“Saya cuma mahu bantu Abah untuk naikkan majoriti beliau (Umno-BN),” katanya menerusi temu bual dalam podcast Jam Kesebelas SuaraTV pada Rabu.”
Ditanya apakah harapan Nurulhidayah untuk masa depan Umno untuk pilihan raya akan datang, beliau berharap Umno perlu lebih bersikap terbuka.
“Bila nak pilihan raya kita bawa bertanding atas tiket BN, jangan lupa BN ada adik beradik lain, ada MIC dan MCA dan kita perlu setuju untuk berada bersama adik beradik kita.
“Walaupun tinggal satu kerusi sebeb mereka adalah adik beradik kita.
“Visi saya dalam politik saya nak ada kekuatan dalam komponen BN itu sendiri, bukan cuma Umno kerana Umno perlu bergerak dengan komponen,” kata Nurulhidayah.



